Saturday, May 14, 2011








Perkara yang mengharuskan seseorang mengumpat orang lain:

1. Ketika mengadukan hal kezaliman orang lain terhadap kita dihadapan hakim dan seumpamanya dan maka ketika itu bolehlah mendedahkan keaibannya.
2. Ketika bermesyuarat untuk memperbaiki kesalahan seseorang maka bolehlah kita menyebut kesalahannya dihadapan orang yang datang membantu kita memperbaiki kesalahannya.
3. Ketika kita meminta fatwa daripada mufti maka bolehlah kita menyebut kesalahan orang yang bersabit dengan soalan kita.
4. Ketika kita memberi amaran kepada orang ramai supaya mereka tidak terikut-ikut dengan seseorang yang melakukan perbuatan yang salah maka terpaksalah kita menyebut kesalahan orang yang berkenaan supaya orang ramai tidak tertipu dengannya
5. Ketika dengan menyebut seseorang yang telah dikenali dengan aibnya sepertimana kita menyebut seseorang yang mashyur dengan nama. Contoh : Mat Pincang, Katak, dan sebagainya.
6. Menyebut kesalahan seseorang yang sudah tidak malu menzahirkan kefasikannya seperti orang yang suka meminum arak dihadapan orang ramai.

(Untuk lebih jelas sila lihat Kitab Ihya Ulumiddin, Juzuk 3/ 103)

4 comments:

NasQ said...

ngumpat jangan tak ngumpat...hohoho...

Unknown said...

ehehe dgr..jgn tak dgr..nsht bt sy dan shbat blogger sklian..:)

.a.z.r.i. said...

kadang2 senyap lebih baik daripada berkata-kata yang sia-sia.

Unknown said...

:)