Saturday, May 1, 2010

syabas utm~

myMetro | UTM komersialkan pengesan Sindrom Down: "2010/05/01

JOHOR BAHARU: Setelah mengendalikan ujian klinikal selama setahun ke atas 1,000 wanita hamil bagi ‘Trisomi 21’, iaitu sejenis Sindrom Down, Universiti Teknologi Malaysia (UTM) kini bersedia untuk mengkomersialkan ciptaannya Sistem Pengesan Awal Trisomi 21: Pengesan T21.

Sistem itu, yang merangkumi perisian dan perkakasan berkos rendah, yang boleh disepadukan dengan kebanyakan mesin diagnostik ultrabunyi untuk mengesan Trisomi 21 seawal lapan dan 12 minggu kehamilan.

Sistem itu dijangka dijual di bawah RM5,000 apabila ia dikomersialkan tahun ini, kata Pengarah Fakulti Bioperubatan dan Kejuruteraan Sains Kesihatan Profesor Dr Eko Supriyanto. Menurutnya, fakulti itu pada peringkat ini masih mempertimbangkan sama ada untuk mengeluarkan peranti itu dan dipasarkan sendiri atau membentuk satu usaha sama dengan rakan kongsi.


Katanya, wujud potensi pasaran besar bagi pengesan itu dari orang ramai dan pusat-pusat perubatan di seluruh dunia.


Pelanggan lain yang berpotensi ialah klinik ibu mengandung, pusat perubatan kesihatan yang menggunakan mesin ultrabunyi, universiti yang mempunyai jabatan berkaitan perubatan, pengeluar mesin ultrabunyi, syarikat pengedar dan penyelenggaraan. - Bernama"

1 comment:

Feeq said...

waaaaaaaaaaaa...
good news...
syabas untuk malaysia..!!!