Tuesday, January 18, 2011

::transisi ke 4 ::

outline-width: 0px;font-size: 13px;vertical-align: baseline;background-color: rgb(255, 255, 255);
(Iaitu) orang-orang Yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: "Sesungguhnya Kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah Kami kembali." Al-Baqarah:156
setiap yang hidup pasti akan menemui ajal
salam ollz, pertama-tamaya nak ajak semua yang terbaca post ni sama2 menghadiahkan Al- Fatihah buat sahabat saya, allahyarhammah NURUL IMAN AB ALIM, tak kesah la yang mengenali mahupun tidak,lagipun..kita kan saudara seislam.. :) allahyarhamah disahkan meninggal dunia semalam [13safar 1432] dan alhamdulillah pada saat post ini ditulis..jenazah beliau sedang dalam perjalanan menuju ke tanah perkuburan di kaherah untuk disemadikan.

sudah sering menerima berita kematian...boleh dikatakan setiap kali final pasti ada jemputan tahlil , namun tahlil semalam terasa berbeza amat dari yang sebelum2 ini..ye lah..fes time orang yang dekat dengan kita pergi...pemergiaan nya yang dirasakan amat drastik,seawal usia  21 tahun nyata memberi impak yang besar terhadap warga iskandariah umumnya , khususnya terhadap kami, sahabat-sahabat tahun tiga .

arwah..sahabat yang baik..tidak banyak bercakap dan gemar tersenyum.beliau juga seorang yang gigih dan komited dengan study..[berbeza amat dengan IP..:)] ... sepanjang bersama arwah, rasanya tidak ada satu pon perbuatan ,percakapan atau apa2 berkaitan arwah yang buat saya terasa. sungguh dia disayangi semua, dan ternyata ALLAH lebih menyayangi nya!

hampir 3 tahun sama2 berjuang...allahyarhammah  terlebih dahulu dijemput kesana..ya, iman sudah berjaya melepasi transisi ke 3...kini tinggal kita yang masih disini untuk berjuang...insyaALLAH sama2 kita doakn kita semua sama2 dipertemukan di akhirat kelak.

akhir kata, takziah buat family iman khususnya dan kepada sahabat2 universiti iskandariah amnya.

p/s: untuk kisah sebenar iman boleh rujuk kat report perubatan ...

No comments: